Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2018

5 Syawal 1439h

Assalammualaikum, selamat pagi, pagi yang agak dingin...  semalaman hujan turun membasahi bumi..  Allhamdulillah dah 5 Syawal kita raikan..  Orang yang sabar itu tenang hatinya.. manakala orang yang  redha itu bahagia jiwanya. semuoga aku bisa menjadi seperti itu

Pesanan...

Pesanan khidmat masyarakat sebelum balik kampung.  1. Cabut semua  🔌  kat dinding kecuali suiz peti ais 2. Buang sampah.  3. Jangan biar baju tersidai diluar.  4. Periksa berulang kali kipas dan lampu.  5. Kosongkan sinki 6. Bawak toiletteries. 7. Semat butang baju Melayu. 8. Pin brooch dibeg. 9. Sampin 10. Charger phone. 11. Duit & sampul raya. 12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah. 13. Niat Nak buat Jamak Qasar. 14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy. 15. Lapang dada & solat/baca doa musafir. 16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya. 17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami. 18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes. 19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutama di RnR cp

Bersin

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita. cp

Ingat mengingatkan

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?  Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut. Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran.. cp

Jom ulang kaji

Jom ulangkaji Nak dekat Raya ni marilah kita saling ingat mengingatkan:- Siapakah yang bergelar *Bukan Mahram* yang kita *TIDAK BOLEH* bersalaman: *A) Jika kita seorang Lelaki:-* 1. Isteri kepada adik beradik bapa 2. Isteri kepada adik beradik emak 3. Adik beradik perempuan bapa mertua 4. Adik beradik perempuan emak mertua 5. Anak perempuan adik beradik isteri 6. Kakak Ipar 7. Adik Ipar perempuan 8. Sepupu perempuan 9. Sepupu Ayah (perempuan) 10. Sepupu Emak (perempuan) 11. Biras perempuan *B) Jika kita seorang Perempuan:-* 1. Suami kepada adik beradik bapa 2. Suami kepada adik beradik emak 3. Adik beradik lelaki bapa mertua 4. Adik beradik lelaki emak mertua 5. Anak lelaki adik beradik suami 6. Abang Ipar 7. Adik Ipar Lelaki 8. Sepupu Lelaki 9. Sepupu Ayah (lelaki) 10. Sepupu Emak (lelaki) 11. Biras lelaki *Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH.* copy paste

Doa

Doa Hilang Mengantuk Masa memandu . Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi... . " LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."  . (maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR") . Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat . "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.  cp

Salam...

Assalammualaikum Salam Ramadhan ke29, selamat petang, sedang buat apa tu sahabat2 , mungkin ada yang sedang bersiap2 balik beraya kekampong halaman, hati2 di perjalanan dan pastikan, rumah yang kita tinggalkan dalam keadaan selamat, bagitau jiran2.. pemergian kita... selamat bercuti.. dan selamat bergembira.. Khamis  14 Jun 2018 29 Ramadhan 1439

Ramadhan berlalu Syawal menjelma

Semalam akhir terawih Pagi tadi akhir sahur Hari ini akhir puasa dan Maghrib nanti akhir berbuka Harap Ramadhan Tahun Nie Bukan akhir Untuk Kita Semua Dalam gurau ada terkata, Dalam bicara terkasar bahasa, Dalam tindakan terguris rasa, Dalam hidup tiad siapa yg tak buat dosa.. Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta di hari mulia. Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidil Fitri. * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • •。★Hari Raya!★ 。* • ˚。 ° 。 ° ˛˚˛ * Π__。˚ ˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚ Selamat Hari Raya maaf zahir batin cp

Berakhirnya Ramadhan 1439h

Aku lihat Ramadhan dari jauh. Lalu aku menyapa ia, "Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh dan sangat lama. Tolong sampaikan pesananku untuk orang Mukmin." Syawal akan tiba tidak lama lagi, ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya. Peluklah Istiqamah saat dia keletihan dalam perjalanan Taqwa. Bersandarlah pada Tawadhu' saat kesombongan datang menghampiri. Pintalah nasihat Qur'an dan Sunnah pada setiap masalah yang dihadapinya. Sampaikan pula salam dan terima kasih kepadanya kerana telah menyambutku dengan gembira. Kelak akan ku sambut ia di Syurga dari pintu Ar-Rayan. Selamat meraih pahala terbaik di hari-hari terakhir Ramadhan. Masih lagi berbaki hari untuk kita menyambut dan meraikan Ramadhan, sebelum ia pergi meninggalkan kita. cp

Ramadhan 1441

Assalammualaikum...  selamat petang, tinggal berapa jam lagi Ramadhan bakal berakhir.. Doa Akhir Ramadan Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami. Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan. Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang aka