Aku lihat Ramadhan dari jauh.
Lalu aku menyapa ia,
"Hendak kemana?"
Dengan lembut ia berkata,
"Aku harus pergi, mungkin jauh dan sangat lama. Tolong sampaikan pesananku untuk orang Mukmin."
Syawal akan tiba tidak lama lagi, ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya.
Peluklah Istiqamah saat dia keletihan dalam perjalanan Taqwa.
Bersandarlah pada Tawadhu' saat kesombongan datang menghampiri.
Pintalah nasihat Qur'an dan Sunnah pada setiap masalah yang dihadapinya.
Sampaikan pula salam dan terima kasih kepadanya kerana telah menyambutku dengan gembira. Kelak akan ku sambut ia di Syurga dari pintu Ar-Rayan.
Selamat meraih pahala terbaik di hari-hari terakhir Ramadhan.
Masih lagi berbaki hari untuk kita menyambut dan meraikan Ramadhan, sebelum ia pergi meninggalkan kita.
cp
cp
Comments
Post a Comment