Skip to main content

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan...

Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita bersiap2, beringat2, kalau nak terjadi juga, tak mengapalah...

Baca bloglah, baca suratkabarlah, tanya kawan2lah.. baca dari internetlah... Alhamdulillah akhirnya pada 18/4 yang lalu kereta kecil akak berlabuh juga dinegara Gajah Putih, risau tu, risau juga banyak perkara buruk yang didengar, dibaca juga dilhat dalam akhbar, tv, tapi tawakal sajalah. 

Sebelum kita ingin melanjutkan kan perjalanan menyerberangi sempadan, pertama2 kita haruslah ada paspot Malaysia atau bagi orang2 sebelah utara lagi mudah, cuma guna pas sempadan . Untuk yang tak tahu bagaimana rupanya pas sempadan tu, ianya hanya sehelai kertas putih berukuran lebih kurang separuh kertas A4, Yang perlu kita buat di pejabat Imegresen  berharga RM10, dan sekeping gambar.. itu saja, tunggu tak sampai sejam pun siap. kalau ingin masuk melalui pintu Bukit Kayu Hitam,  Padang Besar atau Wang kelian, banyak lagi pintu2 lain... tapi tak termasuk dalam pengalaman akak hari itu.
Semasa nak pergi hari tu, kami melalui pintu BKH.. adoi ramainya orang, setiap kaunter cop... penuh... yang beratur di barisan pertama dan kedua, ketiga pun ramainya.. kalau macam tu sampai bila nak dapat cop paspotnya, namun di bahagian Malaysia, sangat2 mudah, duduk sahaja dalam kereta dan pemandu pun hulurkan sahaja paspot dan borang2 lain, dah scan.. boleh jalan cepat dan selesa....

Yang menjadi masalahnya di pintu bahagian Thailand... dalam pada beratur di belakang2 tu.. ternampak kaunter2 di bahagian tengah2 agak lengang, maka kami pun cuba nasiblah...  cepat je siapnya, maka pelancong2 yang beratur panjang2 tadi,  pun mengikut kami (agaknya lah), sebenarnya susah betul di situ, dahlah hampir semua pertugas2 di situ hanya tahu cakap bahasa mereka sahaja.. bahasa English atau Bahasa Melayu.. jangan diharapkanlah... masa cop paspot tu.. pertugas tu tunjuk jari dua ulas, ingatkan tanda bagus, rupa2nya tak, dia terus tunjuk2 sambil goyang2, maka teringatlah pesan orang yang pernah tempuhinya... duit2... walaupun seorang hanya RM2, bayangkanlah dari jam 6pagi bila pintu sempadan  dibuka hingga ditutup berapa mereka dapat, tapi bayar sajalah.. asalkan tak ada masalah, ada juga yang pegawai tu tak minta, ikut nasiblah.... dia mintak secara rawak je.

Suami dan anak sulung selepas cop paspot terpaksa pergi kaunter khas  yang membawa kenderaan... tunggu lagi, lama jugalah...  di sini pun ikut nasiblah.. ada yang diminta menghulur ada yang tidak, sekali lagi ayam dan itik bercakap.. lucu juga, tapi dari satu segi, bagus juga, tak kiralah bangsa apa, agama apa, asalkan lahir di Thailand, semuanya mesti dan wajib fasih berbahasa Siam.. bukan macam negara kita, dahlah bahasa Kebangsaan pun ramai yang tak fasih.. ada yg tak hurmat pun.. buat sesuka hati sahaja.. di manakah silapnya kita?

Tunggu2... akhirnya perjalanan pun bermula... alaa ngantuklah pula.. nanti2lah ya, bila ada kesempatan dan idea juga "ingatan kitar semula"  masih baik, akak sambung lagi..

Tapi apa yang sangat2 diperlukan sebelum ke sana adalah
1: Paspot atau Pas sempadan.
2. Insuran kenderaan Negara Thailand
3. Borang pengistiharan barang2
4:  Geran kereta asal atau pun salinan... 
5: Kad putih.

Nanti akak tulis bagaimana , di mana, berapa bayaran yang terpaksa kita keluarkan...
daa, selamat malam, Assalammualaikum... semalam telah berlalu, hari ini  sedang berjalan, esok sudah pasti, namun belum pasti milik kita... bersyukur dan nikmati hidup ini dengan selalu berasa syukur dan redha atas segala yang Allah kurniakan.. 13/6/14.

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka