Skip to main content

Jom baca... membaca itu jambatan ilmu... 15 Syaaban 1435H

Petang2 begini apa lagi selesai makan, solat pun dah sudah.. mata pun mengantuk aja... menguap juga beberapa kali.. adoii macam berat aja kelopak mata ni.. nak terpejam... urusan rumah pun dah beres pagi tadi, sedang ber"online" dan bersembang2 dengan anak yang jauh di mata, namun dalam hati selalu bersamanya.. moga anak selamat zahir batin di rantau orang. Dia poskan satu link ni... tag nama akak, yang agak pelknya, anak ni minatnya membaca kesustraan.. yang jiwang2 tu lagi dia suka..  lembut rupanya jiwanya, walaupun di  alam nyata dia memilih untuk berlajar bidang yang "kering hati". Sebab itulah ada yang berkata jangan dinilai kandungan isi sesebuah buku itu dari kulitnya, tidak semestinya kulitnya tebal, gambarnya menarik, isi di dalam pun sama, ada kalanya, di kulit, sekali pandang tak ada yang menarik hati untuk melihat2nya.. namun bila sudah berada digenggaman.. tak mungkin dilepaskan sehingga selesai.. begitulah..
 Kenali hati budi sesaorang itu sedalam2nya sebelum menjatuhkan "hukuman"...

link yang diberikannya.. ada akak sertakan bersama di sini, walau pun gaya bahasa dan cara penulisan mudah dan ada kalanya ditambah2 untuk menjadikan pembaca lebih bersimpati, namun oklah.. boleh dilayan.. walaupun bukan dalam perkerjaan yang sama.. namun kaitan tetap ada.. "deber" yang paling dipandang tinggi, adalah deber yang berada di awan biru, walaupun kadang2 ada juga deber yang berada d daratan juga berpelajaran, namun desakkan hidup atau halangan yang ada, menlayakkan sesetengah mereka hanya layak berada di atas jalanan. Deber yang berada di lautan, itu tak termasuk, mereka berada dalam golongan yang lain pula. Tapi kebiasaanya, deber2 yang berada di daratan ni,bila terjadi sesuatu keburukkan, semua orang pakat kutuk, tanpa pembelaan, orang besar2 yang sepatutnya mengkaji kenapa terjadi begitu, kenapa perkara asyik berulang, tiada yang ambil peduli. Senang saja mereka buat dasar dan buat undang2, tanpa mengaji sedalam2nya.. sedia maklum debar2 ni hanyalah seperti timun, digolek dan dilenyek durian ikut cara mana pun pasti binasa diri jadinya.
Alangkah bagusnya  andai ada salah seorang orang besar2 ni berasal dari keluarga orang biasa.. yang tahu bagaimana perit jerih, sukarnya mencari rezeki demi sesuap nasi.. bila? bilakah waktu itu datang?
Memang orang ada berkata rezeki secupak tak kan menjadi segantang... tapi itu pada pandangan akak, kata2 orang yang malas berusaha.. kalau kita berusaha dengan sesungguhnya dan mengharapkan keredhaan Tuhan.. bukan sahaja segantang, malahan berguni2 pun boleh.. Samada mau atau tidak sahaja.
Jom tekan kat link yang diberikan, selamat membaca.. biarkanlah masalah2 di atas diuruskan oleh orang2 yang lebih layak..
http://www.penulisan2u.my/2014/06/cerpen-drebar-tu-abah-aku/

Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka