Skip to main content

Piala Dunia di Brazil.

Sekarang musim demam bola sepak sedang bermula, sana sini dari kanak-kanak sampai dewasa semuanya berkata, bercakap, bergosip tentang bola, makan bola, tidor bola..apalah istemewanya sebiji bola inikan? bagi yang tidak menyukainya, tiada apa-apa yang syok pun melihat sekumpulan laki-laki berebut berkejar merebut sebiji bola.. Bosan lagi ada... kan?
Namun bagi peminat bola, jangan sesekali berkata seperti itu dihadapan mereka, pasti nanti anda akan dibelasah... kerana sebiji bola... yalah siapalah kitakan mahu memberikan kritikan terhadap minat  dan kesukaan orang lain, tak suka duduk diam-diam... buat hal lain yang disukai biarkan mereka dengan minat mereka, asalkan tak kerterlaluan... menyusahkan atau menganggu lena orang lain, yalah kan, kali ini perlawanan bermula tengah malam.. waktu Malaysia, ramai yang dah lena diulit mimpi, termasuklah akak. 
Akak tak minat bola ni, tengok pun tak, tapi tahu jugalah permain-pemain yang popular, laa ni dari Brazil Neymar.. sekadar itu sajalah... info lain langsung tak tahu...
Ohya... tak ada astro? boleh tonton kat TV1 dan TV2 secara percuma sahaja, jadual pun ada, rajin-rajinlah semak.

Jadinya tak ada ulusan lanjut tentang bola ni, apa yang akak tahu kali ini adalah kali ke 20 Piala Dunia di adakan, dan kali kedua Brazil menjadi tuan rumah.  Dengan perlawanan pembukaan  pada 13/6/14  Jumaat, di antara tuan rumah Brazil dengan Crotia, kesudahan semua orang tahu... dan perlawanan akhir akan diadakan pada 14  Julai... di antara siapa, ... kita tengok sajalah nanti.
18/6/14.

Comments

Popular posts from this blog

Hari ini hari bapake?

Yalah, hari ini hari bapa, dah diitiraf pun, cuma tak adalah cuti umum pun, cuma kebetulan hari bapa jatuh pada hari minggu, maka cutilah kita. Jom ambil kesempatan semasa bercutiini membuat kunjungan hormat ke rumah bapa kita... besar pengorbanan ayah ini sebenarnya, biar bapa selalunya jarang berkata2, jarang menunjukkan kemesraan, jarang kita nampak emosi di wajahnya... yang selalu kita nampak, bapa suka marah2, tegas... seolah2 berkata2 jangan dekat, jangan nak manja2, dengan mak kamu sudahlah... tapi percayalah, dalam jiwa seorang bapa bukan begitu, bapa juga seperti mak, inginkan perhatian anak2, kasih sayang anak2,  tapi mungkin dah sebati dengan istilah bapa... bukan semua bapa begitu, ada je bapa yang lebih "mak" dari mak, tapi berapa je... Kalau hari lahir anak2, bapa bukan tak ingat sengaja buat tak ingat, buat anak2 rasa sedih, hingga mak masuk campur, baru bapa akan berkata atau menalipon anak jikalau berjauhan... susahke nak lahirkan apa yang ada di hati? mu...

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....