Hari ini Sabtu bersamaan 14/6/14...
Pagi2 lagi akak dan anak keluar ke Pasar Tani Kamunting... hairan juga lihat hari ini, tak ramai pengunjung2, penjaja2 seperti biasa... ada jugalah beberapa gerai yang sebelum ni berjaja, hari ini ditutup. Namun oklah kalau tak ramai orang urusan beli belah jadi mudah.
Jom kakak kita cari barang2 makanan yang perlu... Hari ini akak tak bercadang nak beli banyak barang pun, yang pasti nak cari ikan dan ayam.. belilah ikan sardin saiz S, kalau orang saiz S, ramai yang suka... tapi kalau ikan rasanya tak ramai yang berkenan, harga RM6 agak mahal berbanding selalu, sedang pilih2 ikan datang seorang "pak cik" ni hehe pak ciklah sangat,padahal sebaya atau tua sedikit aja dari akak, terus akak tak jadi pilih2, akak bagitau saja penjual tu, nya bagi akak ikan ni 2kg...
Pasti ada yang bertanya, kenapa kan.. bukan sombong cuma tak berapa selesa berada disebelahnya, dah banyak mulut, taulah akak beli ikan murah... kecil2 aja, janganlah pandang macam tu, komen nya amboii kecik2nya ikan.. nak buat apalah belinya, satu perkara yang akak tak suka, dia hisap rokok sambil pilih ikan, pening kepala, kalau pun suka hisap rokok, janganlah di tempat yang sesak macam tu..
Dari penjual yang sama di Pasar Ikan tu, akak belilah kerang sekg kecil juga saiznya, S lagi.. harga pun ada naik sikit... RM3, dan sepotong kecil ikan pari semua sekali berharga RM25.50 tapi sebab selalu beli penjual tu bagi kurang 50sen aja.
Berhadapan penjual ikan berbangsa Cina tu, ada penjual ikan masin, belilah sekeping dua, tak boleh banyak2 nanti darah tinggi naik oo..sempat "kakak" bisikkan ketelinga akak, mak nanti mak buat nasi goreng ikan masin ya... amboii dah siap bagi resepi, teringat akak kat seorang lagi anak dirantau orang ... dia pun suka makan nasi goreng ikan masin, doa akak dia selamat, sihat dan berjaya mengejar impian dia.
Akhirnya belilah ayam sebelah. Sekg RM8 itu masa sekarang, agak2nya bila nak raya nanti berapalah harga syiling sekg ayam ya.. Moga kewrajaan pantaulah... jangan dibiarkan harga ayam naik sewenang2nya... akak juga faham.. harga ayam ni, semuanya bermula dari pembekal.. kalau harga pembekal dah tinggi (melebih keuntungan sepatutnya) pihak yang berwajib janganlah segan silu ambil tindakan, akak juga faham ada sesetengah pihak yang berkenaan itu juga mengambil kesempatan.. yang jujur juga yang jadi mangsa, mangsa paling utama adalah pembeli atau pengguna seperti akak ni, dahlah suami akak berkerja makan gaji dengan swasta...dahlah apa2 perlindungan pun tiada.. gaji pun sekadar cukup2 untuk meneruskan kehidupan, hantar anak belajar, bayar sewa rumah.. bayar bil2, untuk keluarga di kampong.. itupun bila cukup aja bulan dah kering, tapi akak bersyukur, selagi ada kederat dan kesihatan yang baik, Insyaallah masih lagi dapat bernafas di bumi Malaysia ini. Asalkan mahu berusaha... nak kaya atau mewah macam orang lain, agak2nya entah bilalah akan sampainya.. tak mengeluh pun, kata orang hiduplah ikut acuan kita sendiri, jangan menjadi seperti kata2 orang tua2 besar periuk, besarlah pula keraknya.
Sayur belilah sedikit, masih lagi seikat rm1, suka beli kat penjaja kecil2an kebanyakkannya Melayu... Akhir beli pisang nangka sesisir RM4... cadang petang nanti nak buat gorengan.. anak suka makan goreng pisang nangka, biar rasanya ada sedikit masam, tapi tetap ada manis, cicah dengan sambal kicap, letak sedikit bawang putih ditumbuk.. memang terangakat..
Setelah siap membeli belah, sekadarnya kami berdua pun makan di gerai dalam kawasan pasar tani tu juga, sengaja tak masak pagi, sebab dah cadang nak rasa masakan kat luar je pagi ini. Akak makan nasi lemak, lauk sambal kerang, pulak, dah sedaplah tu tapi termasinlah pula.. anak makan bihun goreng, ingat nak ambil gambar nak poskan kat INSTAGRAM, tapi dekat area tu Celcom tak berfungsi dengan baik.. terbantutle...
Akhirnya pesan roti canai kosong 3 keping dan roti canai telur.. mak akak suka makan roti canai telur.. tak lupa juga suratkabar kegeraman akak Utusan Malaysia, anak akak kalau Sabtu dia suka beli The Star, dan ternampak Rasa keluaran khas bulan Syawal, terus tangkap juga....Ramadhan pun belum masyuk, buku masakan Syawal dah tersedia
Kami pun berangakat ke rumah mak akak, tak jauh dari pasar tu pun... Syukur Alhamdulillah, masih dapat lihat senyum tawa mak, dengar suara mak. sebenarnya tiap ada masa pasti akak jenguk mak, tak kiralah berapa kali seminggu pun. Sebelum balik tadi akak ternampak ada penjaja jual "akar pitavali" mungkin tempat rakan2 lain sebutannya.. batangnya bergerutu dan rasanya pahit sekali, akak beli sebab mak akak suka minum airnya. Penjajanya dulu pernah masuk TV3 Bersamamu... sekarang beliau dah makin berjaya dalam perniaagannya. Benarnya kata2 andai kita tidak mudah mengalah dan bersyukur dengan RahmatNYA... pasti ada kejayaan...
Comments
Post a Comment