Skip to main content

Darihal "pulut kukus"

Pulut kukus …
Rasanya boleh ditambah baikkan.. seiring dengan harganya ¤
Hari tu jalan2 dengan anak ke pusat membeli belah, rehat2 sebentar dekat medan seleranya, .. perut pula terasa lapar, maka menjamu dengan nasi campur.. tak banyak sangat pilihan pun.. mungkin nasi campur kurang laku, sedia maklum pengujung yang ramai ke pusat beli belah biasanya golongan muda mudi... yang berkeluarga selalunya  selepas beli barang2 keperluan terus pulang, kalau nak minum pun sekadar segelas teh panas atau secawan kopi... Jadi dari membuang masa, kurang  juga pembaziran makanan, buatlah yang sepatutnya, harganya kalau dibandingkan dengan gerai biasa ok jugalah.. suasana dan tempat pun bersih, cuma kadang2 sisa2 makanan, pinggan mangkuk, cawan, bekas plastik dan sebagainya lambat dibersihkan, perkerjanya yang diimpot dari luar negara, selalunya buat kerja ala kadar je.. terutama bila masa ramai pengunjung, lagilah sunguh2 lamabt kerjanya, macam "siput".
Tak faham sebenarnya... kenapa ambil perkerja luar negara, tak adakah perkerja tempatan yang berminat, kerja pun bukan susah mana..  adakah bayaran yang berbeza untuk impot, lebih murah?,  nak kata pendatang ni rajin2 dan pembersih sangat pun, dari permerhatian , tak juga, selagi namanya manusia, mana ada yang sempurna.. jadi alasan apakah? bukan akak ni memandang rendah atau hina terhadap mereka, tapi bagi akak sewajarnya tempat2 tumpuan utama seperti begitu "haruslah" orang tempatan.. bukan mereka, kalau akak tak salah pendatang2 ini kerjanya adalah dibidang yang orang2 tempatan "segan" nak berkerja, bukan bidang yang mudah2 seperti begitu.. tak selesa sebenarnya.
Dalam bangunan yang sama itu, di sebelah medan selera itu adalah pusat beli belah... kenapa harus ada pengawal keselamatan "warga luar"? dahlah bercakap bahasa Malaysia pun, tak berapa pandai.. pandang orang pun "semacam", rasanya ramai aja pekerja warga negara yang berminat nak berkerja, dahlah ada penyaman udara, persekitaran bersih... lagi tak faham..
Kenapa agungkan orang luar, untuk perkerjaan yang mudah sebegitu... kalaulah akak ini "orang besar" mahu saja bertanya secara langsung, tapi siapalah akak, cuma mampu memandang dan tertanya2 dalam hati.. perasaan geram dan tak puas hati tetap jua bersarang.. kalau orang sendiri tidak menghargai orang tempatan, siapa lagi? sayangilah bangsa dan negara sendiri... jangan sampai menang sorak, tanah tergadai, sampai waktu itu, semuanya sudah tak bermakna.. nanti bila akak berkesempatan akan akak kongsikan pengalaman akak, tentang pendat6ang2 ni.. yang menjadikan negara kita ini seperti negara mereka, tiada hormat.. tiada rasa sayang.
Ehh dah jauh melalut... tadi cerita pasal makan nasi campur... Alhamdulillah kenyang jugalah.. sambil2 sembang2 tunggu makanan turun keperut terpandang lah "nasi pulut kuning" ni, nampak macam sedap je.. pesanlah sepiring, sukatannya secawan kecil dan lauknya rendang ayam sepotong besar sedikit dari ibu jari, harga RM2.50.. tapi sayangnya, rasa nya tak secantik rupanya, masih terdapat yang kurang masak, keras di sana sini, lemak jangan ditanyalah, yalah kata orang makan banyak lemak nanti kolsterol tinggi.. dan serbuk perasanya terlalu kuat, mungkin nak bagi pelanggan terliur.. kesimpulannya bolehlah makan untuk kurangkan rasa teringin, lebih sedap dan enak dibuat sendiri, namun kalaulah kalau penjual tu lebih tulus iklas, bukan saja jualannya bertambah laris,  malahan yang pernah rasa akan datang kembali,  Pihak penjual juga yang untungkan... tapi sayangnya itu tiada, tak mungkin tak sedar kot, hari2 jualan yang sama, belajarlah dari kesilapan, wang kita mahu dan sebagai seorang Islam berkat kita mahukan juga..kan... kan..
Banyak nak tulis pasal penjual dan medan selera yang sama ni... tapi takut ramai yang dah jemu... berhenti dulu ya, untuk yang lelaki selamat  bersiap dan berhias diri untuk berjumpa Tuhan di Masjid di sekitar..
Maaf andai bahasa dan ejaan ada yang terkasar dan tersilap...
13/6/14.

Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka