Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua.
Disebabkan suami pun cuti hari ini, kami sembang2 sajalah tunggukan waktu pejabat dan vbank buka, sambil tu suami bagi kucing2 makan, beliau suka bagi kucing2 makan, kalau beliau bercuti itulah tugas istemewa buatnya.. akak lagi suka.. dapatlah akak rehat, hihi..kalau tak, akak dan anak yang bergilir2 bagi makan kucing2, banyak ke kucing2 akak? kalau kira kaki, banyak jugalah.. kalau kira kepala tak berapa banyaklah... yang penting bukan banyak atau sedikit, bagi ajalah kan, itu tak termasuk kucing2 liar... kasihan kan, kucing2 liar pun lapar juga..
Mula kami pi bank Maybank, baharui insuran/cukai jalan kereta anak yang tamat tempoh esoknya, lama jugalah tunggu, terbang juga 4 angka... nak buat macam mana kan, dah guna bayarlah apa yang patut, jangan pandai guna, tapi tak pandai bertanggungjawab, cehwah macamlah akak ni rakyat yang taat setia sangatkan.. sekurang2nya... gitule..
Selesai Maybank pi CIMB bank pula, pi bank ni lagilah leceh, dulu semasa CIMB ni ada cawangan di pekan2 kecil, termasuk tempat akak, sekejap je berurusannya.. ni kalau urusan yang akak dan suami terpaksa bereskan, tak makan sejam.. jangan kenanglah...hai tak sabar nak tunggu anak akak yang bongsu tu habis belajar, tak payahlah ke bank yang lembab dan lambat gila ni.. apa lagi kalau hari Isnin memang ramai betul orang... tapi hari ini keajaban berlaku, tunggu tak sampai 5minit, no giliran dah dipanggil, senyum sampai telingalah, bukan selalu macam ni pun
Nak pujike bank cimb hari ini?...
dah beres semuanya, kami pi jalan2 cari makan, soal makan ni, akak sekeluarga tak kisah, geraike, warungke, kedaike, restorenke... janji kenyang, kalau sedap dan harga berpatutan kami datang lagi, kalau mahal dan makan ala2 budak2 baru belajar masak... xapalah, terimakasih sajalah... bukan memilih, tapi duit kita, selera kita.. ikut kita lah kan...makan kat kedaike? macam gerai aja... tak kisahlah kan namanya, kat tengah2 bandar... pelanggan tak ramai, cepatlah dapat nikmati makanan, Hidangan lauk nasi campur, tak banyak jenis pun, tak sampai sepuluh jenis pun, tapi adalah semuanya, sayur, ikan, sambal dan ayam goreng...yang sedap sambal buah bacang...
Harga tak adalah mahal sangat persekitaran pun bersih...
Selepas makan, kami bergerak ke acara seterusnya...
16/6/14. Isnin 10.48malam.
Comments
Post a Comment