Skip to main content

Rasa hati yang sangat2 sayu...

Pi kenduri dapat beg kertas ini, isi dalam sebiji buahulu bentuk ikan, dan sebiji labu sayong mini. Allhamdulillah. Nak cerita sikit je... bukan nak mengata... nasiblah tuan rumah (majlis kenduri kat dewan MPT) dapat katering yang sangat2 menyedihkan, tak layan tertamu dengan adil dan saksama, yang ramai dan bergaya, ulang2 tuang air minum (sirap aja pun) berkali2, sampaikan tetamu yang dah tak makan, sekadar duduk2 dan sembang2 pun dilayan dengan (Y).

Sedangkan ada tetamu yang lansung tak diperhatikan, beri layanan jauh sekalilah, dah minta berkali2 air minum tak juga sampai, bukan minta kat seorang sahaja pelayan, 2,3 orang, termasuklah seorang perempuan sebaya, dia orang buat muka tak tau aja.. peliknya, tak nampak ke? ke ghaib dari pandangan dia orang?.. susah sangatke nak hantar air?, kalaulah begini perkhidmatan mereka,  macam tu pakai nampak tak lama lagi RM catering gulung tikarlah... dahlah pelayan di meja  hidangan, muka masam mencuka, ingat tetamu yang datang ni datang dengan tangan kosongke? ke tuan rumah yang dah siap pesan2.. tak baik bersangka burukkan, mungkin mereka penat, masak dari semalam lagi... kalau dah tahu penat jangan kerja, cari je kerja yang tak penat, adake? semua kerja penat dan meletihkan, baik akal mau pun tubuh badan. Kalau tuan kenduri yang siap2 pesan, kenapa nak ajak ramai sangat tetamu? pilih2lah yang boleh bagi "angpau" tebal.. Sedikit itu lebih baik andaikan keiklasan itu ada bersama...
Keluarga tuan kenduri ramai, ada yang jaga pintu, biasalah kan sambut tetamu, nanti taklah tetamu terpingga2 nak salam dengan siapa, tak manis lah pula pada pandangan ramai, yang hairannya ahli keluarga yang lain2 tu pusing2 meja tetamu yang dia kenal je? akak? pelik sungguh, dia buat macam tak kenal aja, padahal akak tinggal selang 3 pintu berhadapan  aja...
Bolehlahpula kat majlis kawin begitu, tak kenal, kalau tak kenal kenapa diundang, oo terlupa yang undang orang tuanya, bukan anak2 maupun ahli keluarganya (bukanlah akak minta dilayan sebagai tetamu VIP pun)
Tapi sebagai mana melayan tetamu yang lain, tanyalah juga situasi akak, dah ada air minum aatau tak? lainlah kalau layan diri, ni air dihidang, makanan je ambil sendiri.
Tunggu punya tunggu, air tak sampai2 juga, nak makan ke tak ni, kalau makan karang tersedak pula, buat malu aja..sedang pelayan yang sama, telah ulang alik kemeja lain, tanpa sudi pun nak tuang dua gelas air untuk akak dan anak
Akhirnya setelah setengah jam menanti dan telah fikir baik buruknya tindakan yang bakal akak ambil, akak pun keluar tanpa menyentuh seulas nasi pun yang telah akak ambil tadi. Rasa nak menangis pun ada.. seolah2 akak dan anak tetamu yang tak diundang. Nasib baik pintu disisi terbuka...
Keluarlah akak dari majlis itu dengan perasaan yang sangat2 terhina, seolah2 kedatangan hanya nak menghabiskan lauk pauk kenduri aja.
22/6/14  MPTK.. Ahad




Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka