Skip to main content

Hari ini hari bapake?

Yalah, hari ini hari bapa, dah diitiraf pun, cuma tak adalah cuti umum pun, cuma kebetulan hari bapa jatuh pada hari minggu, maka cutilah kita. Jom ambil kesempatan semasa bercutiini membuat kunjungan hormat ke rumah bapa kita... besar pengorbanan ayah ini sebenarnya, biar bapa selalunya jarang berkata2, jarang menunjukkan kemesraan, jarang kita nampak emosi di wajahnya... yang selalu kita nampak, bapa suka marah2, tegas... seolah2 berkata2 jangan dekat, jangan nak manja2, dengan mak kamu sudahlah... tapi percayalah, dalam jiwa seorang bapa bukan begitu, bapa juga seperti mak, inginkan perhatian anak2, kasih sayang anak2,  tapi mungkin dah sebati dengan istilah bapa... bukan semua bapa begitu, ada je bapa yang lebih "mak" dari mak, tapi berapa je...

Kalau hari lahir anak2, bapa bukan tak ingat sengaja buat tak ingat, buat anak2 rasa sedih, hingga mak masuk campur, baru bapa akan berkata atau menalipon anak jikalau berjauhan... susahke nak lahirkan apa yang ada di hati? mungkin juga, rasa akaklah semua itu dari didikkan ibu bapa juga... anak2 lelaki mesti tegar, kasar, tak digalakkan buat kerja2 rumah , tapi kini ramai keluarga dah tak bersikap seperti itu, anak lelaki dan anak perempuan dididik dan diajar dengan cara yang sama. Dalam dunia masa kini, kalau bapa saja yang berkerja, alamatlah suramlah rumah tangga, melainkan bapa memang berkempuan. Tpi kebiasaanya... sederhana...sama2 berkerja, sama2 membesarkan anak2, sama2 menjalankan tugas rumah tangga, bapa seperti itu... adalah bapa contoh untuk anak2.


Begitu besarnya kasih orang tua terhadap anak2, hargailah ibu dan bapa, kerana ini hari bapa, hargailah bapa, selagi beliau masih hidup...tunukkan rasa kasih dan perhargaan kita terhadapnya, jikalau bapa sudah tiada jangan lupa hadiahkan Al Fatihah dan selalu berdoa untuknya bukan sekadar di hari bapa sahaja.

Beruntunglah anak2 yang masih punya bapa, berkat bapa, selalu hadir untuk kita... macam akak, sudah sekian lama "bapa" meninggalkan akak, hingga kan kadang2 akak sudah semakin kabur tentang wajah beliau, apa lagi di hujung2 harinya, bapa tak suka ambil gambar, dia marah kalau nak ambil gambar, kalaulah , dulu2 ada teknoloji canggih seperti ini, mesti banyak akak rakam wajah beliau.. dulu2 bukan sebarang orang dapat miliki "kamera", ada tak ada pun terpaksalah ambil gambar di kedai, ada sekeping gambar IC beliau yang akak simpan, tapi tadi cari tak jumpa.. sedihnya rasa hati... hanya itulah sekeping dan dah hilang, gambar  bapa dengan ibu semasa muda, ada tapi ibu yang simpan..

Kalaulah kalau akak masih punya bapa,mungkin jalan hidup akak, tak seperti sekarang,
Bukan menyesali apa yang dah terjadi, cuma melahirkan apa yang tersimpan dalam jiwa sahaja. Mungkin akak dah jadi pegawai besar kalau tidak pun seorang cikgu, kerana akak layak mendapatkan itu semua, (bukan bersikap takbur) tapi sayangnya setelah bapa pergi, dan mak yang tak pernah tahu urusan lain selain rumah dia.. mengagalkam segala impian dan cita2 akak, tapi akak tak marah kat bapa, itu dah takdir hidup bapa, tak sempat melihat kami membesar dan berjaya... Sedihlah pula.. nantilah lain kalilah akak sambung.15/6/14













































Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka