Hari jumaat... bersamaan 20 syawal... dah dekat nak hujung2 dah beraya, namun "rumah terbuka" masih rancak berjalan, tadi petang selepas solat jumaat, diadakan jamuan raya di dewan berhampiran tempat tinggal saya, diadakan oleh yang berhormat tempat saya... punyalah ramainya tetamu, maklum cuaca pun cerah terang... Hidangan air lah yang ramai cari, air pun ada macam2, dari teh tarik, kopi sejuk, sirap... air kosong dalam botol waktu saya sampai dah habis, tinggal botol2 bergelimpangan...dahagalah juga, penat berjalan... kenderaan terpaksa diletak jauh2... kawasan letak yang dekat2 dah penuh...bersenam dalam cuaca yang terik siap berbaju kurung lagi, memang mengujakan... nak berayalah katakan. Niat di hati nak cari lemang dan ketupat palas, namun ternampak bihun sup serta me kari, makanlah dulu... ambil teh tarik, masa tu ramai kaum adam je yg beratur nak minum teh tarik, kaum hawa kurang minat kot... dengan makanan ditangan, saya dan along mencari tempat untk makan, namun s...
Segala gala apa yang saya rasa, alami, lihat, dengar serta percaya dengan keyakinan...