Skip to main content

Jumaat

Hari jumaat... bersamaan 20 syawal... dah dekat nak hujung2 dah beraya, namun "rumah terbuka" masih rancak berjalan, tadi petang selepas solat jumaat, diadakan jamuan raya di dewan berhampiran tempat tinggal saya, diadakan oleh yang berhormat tempat saya... punyalah ramainya tetamu, maklum cuaca pun cerah terang...
Hidangan air lah yang ramai cari, air pun ada macam2, dari teh tarik, kopi sejuk, sirap... air kosong dalam botol waktu saya sampai dah habis, tinggal botol2  bergelimpangan...dahagalah juga, penat berjalan... kenderaan terpaksa diletak jauh2... kawasan letak yang dekat2 dah penuh...bersenam dalam cuaca yang terik siap berbaju kurung lagi, memang mengujakan... nak berayalah katakan.
Niat di hati nak cari lemang dan ketupat palas, namun ternampak bihun sup serta me kari, makanlah dulu... ambil teh tarik, masa tu ramai kaum adam je yg beratur nak minum teh tarik, kaum hawa kurang minat kot... dengan makanan ditangan, saya dan along mencari tempat untk makan, namun setiap ruangan dah penuh... jadi saya berdua mengambil tempat dipenjuru luar dewan...dah makan, along cakap, mak tunggu sini, biar along ambil makanan.lain..hehe bagus juga, malaslah nak sesak2...seketika kemudian along datang dengan sekeping tose, dua potong mutabak serta segelas polisterin sirap, tak ketinggalan rojak...sepiring kecil...tosenya sedap... tapi mutabak dia hem hem... tak gaya mutabak, warna pun gelap kesan hangit, jamah sikit lah, jangan kempunan... rojak sedap tapi banyak "tauhu"... sirap licin... panaslah katakan...  tiba2 datang sepasang suami isteri membawa dua buah pinggan sarat dengan makanan, macam2 ada, saya ternampak lemang, maka saya pun bertanya, lemang sebelah mana, sebab along tak jumpa pun, agaknya dia terasa terambil terlebih lemang, mereka mempelawa saya, saya pula dengan muka tak malu, menerima sepotong lemang tanpa rendangle... tak kan nak minta juga...seronok tengok pasangan suami isteri tu makan, ayam panggang, sate, daging  kambing bakar... licin... tapi lemang dan ketupat palas, tak habis... banyak sangat ambil hehe.. mana perut nak isi...
Saya dan along tak ambil pun ayam, sate mau pun daging kambing, malaslah nak beratur panjang...tapi satu yang saya lihat dan pandang, orang2 kita terlalu tamak dengan makanan, seolah2 tak makan beberapa hari, semua diambil berganda, padahal bukan habis dimakan pun, semua dibuang begitu saja... sedihkan, kalaulah makanan itu dihantar kesudanke, myamar untuk saudara2 di sana, alangkah bahagianya mereka. namun siapalah saya...
Akhirnya kami berdua pun beredar, hajat nak cari ais kosong, tapi melihat tetamu semakin ramai, kami batalkan sajalah...

Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka