Assalammualaikum… Selamat pagi… Dah 4Rejab bulan Islam… Dah tak lama Ramadhan bakal menjelang.. Sudah selesaikah ganti puasa? Jikalau belum masih punya waktu… Apa pun yang kita lakukan… Kita mestilah ingat kita hanyalah hambaNYA… Sentiasalah berasa rendah diri dan redha atas apa yang telah terjadi… Apa yang belum berlaku… Mohonlah kepadaNya.. Mudah2an apa yang kita hajati akan terlaksana… Andainya setelah segalanya kita lakukan.. Masih jua belum mendapatkannya… Bertabahlah… Dan usaha lagi.. Kerna Dia lebih tahu apa keperluan kita.. Bukan apa yang kita mahu…
Sedih? Kecewa? Perasaan itu memamg milik mutlak yang dinamakan insan… Namun percayalah… Masa akan merubahnya… Akan menyembuhkan luka2 yang berbaki..
Kerana itu ikhlaslah menerima seadanya.. Yang menulis ini jua insan biasa lagi kerdil dalam alam fana yang maha luas ini.
Terkadang terfikir… Kenapa ada sesaorang yang mendapatkan segalanya.. Di dunia ini. Lahir2 telah terlahir memiliki semuanya. Bila bersekolah mendapat apa yang dihajati. Mampu mengejar cita2 di menara gading… Keluar bejawatan yang menjadi idaman… Kemudian berkeluarga… Sedang masih ramai di luar sana… Perjalanan kehidupan tak seindah begitu.. Terkial2.. Tercari2… Padahal… Senmuanya ada di depan mata… Kenapa tak mampu mengapainya? Jangan jangan berfikiran begitu… Mesti ada sebab dan perkara yang telah Allah tentukan… Dengan demikian Insyaallah . Hati jadi lega.. Jiwa rasa bebas. Tidak semestinya yang kita nampak elok… Iru sesuai dengan kita…
Jadinya… Terimalah takdir yang telah ditetapkan buat kita.. Namun jangan lupa berdoa. Mana tahu dengan selalunya kita meminta… Sesuatu yang indah bakal terjadi.
Dalam hidup ini… Tiada siapa mampu melihat masa depan… Apa yang termampu adalah berbuat sehabis baik untuk masa depan..
Kerana kebiasaannya… Apa yang kita tanam itu yang kita tuai… Melainkan yang betkaitan dengan jodoh… Kita hanya mampu berdoa.. Moga kita mendapat jodoh yang dihajati
Rasanya cukuplah di sini… Catatan buat kali ini. Moga masih mampu mencoret
Khamis 22/3/2018
Comments
Post a Comment