Skip to main content

Inilah saya...

Hari ini hari kedua saya ada blog... nak kata gembira tak juga, nak kata bosan pun tak juga, cuma saya tak tau macam mana atau bagaimana saya nak kendalikan blog saya ini. Saya tak nak jadikan blog saya ini sebagai blog masakan sahaja, kerana saya punyai berbagai2 hobi sesuai dengan status saya sebagai suri rumah tangga sepenuh masa, saya suka memasak dah tentulah kan, bermula dari tak tau, lama2 saya belajar untuk memenuhi selera suami, bila dah ada anak2, kena ikut apa yang anak2 suka makan pula, namun saya walaupun dah lama memasak, namun masih kurang arif dalam dunia masakan, masih belajar dan berguru dengan rakan2 yang sudi.

Selain dari itu hobi saya menjahit, muda2 dulu menjahit kerana terpaksa, lantaran nak mengupah orang menjahit.. upahnya sangat mahal tak berpadanan dengan baju yang ingin ditempah...saya belajar sendiri, dengan cara mengambil baju2 lama yang telah tidak dipakai, ditetas...unutk melihat bagaimana sehelai baju itu dipotong dan dijahit, syukur Alhamdulillah menjadi...

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Hari ini hari bapake?

Yalah, hari ini hari bapa, dah diitiraf pun, cuma tak adalah cuti umum pun, cuma kebetulan hari bapa jatuh pada hari minggu, maka cutilah kita. Jom ambil kesempatan semasa bercutiini membuat kunjungan hormat ke rumah bapa kita... besar pengorbanan ayah ini sebenarnya, biar bapa selalunya jarang berkata2, jarang menunjukkan kemesraan, jarang kita nampak emosi di wajahnya... yang selalu kita nampak, bapa suka marah2, tegas... seolah2 berkata2 jangan dekat, jangan nak manja2, dengan mak kamu sudahlah... tapi percayalah, dalam jiwa seorang bapa bukan begitu, bapa juga seperti mak, inginkan perhatian anak2, kasih sayang anak2,  tapi mungkin dah sebati dengan istilah bapa... bukan semua bapa begitu, ada je bapa yang lebih "mak" dari mak, tapi berapa je... Kalau hari lahir anak2, bapa bukan tak ingat sengaja buat tak ingat, buat anak2 rasa sedih, hingga mak masuk campur, baru bapa akan berkata atau menalipon anak jikalau berjauhan... susahke nak lahirkan apa yang ada di hati? mu...

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....