Skip to main content

Salam...

Salam Aidil Fitri buat diri sendiri dan rakan2 kalau adalah yang mahu menyertai blog saya yang masih sangat hijau ini.Apa yang ingin saya tuliskan, saya pun tak pasti lagi... yang pasti adalah mengenai diri saya, keluarga saya, jiran2 saya, kawan2 saya dan apa yang menjadi minat saya.
Saya hanyalah seorang suri rumah tangga biasa2 saja, punya dua cahayamata... juga isteri pada seorang suami, yang pada pendapat saya adalah yang terbaik buat saya sekeluarga. Punya hobi  macam2, semuanya minat dan suka...namun paling suka mengurus umah tangga, namun tetap juga tak terurus hehe...

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka

Puasa hari ke tiga.

Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam berpuasa, walau pun cuaca kali ini agak panas dan terik daripada tahun2 sebelum ini, namun diharapkan ianya tak melemahkan semangat dan memudarkan keimanan kita terhadapNYA. Biar apa halangan dan rintangan yang mendatang tetaplah kekal dan kukuh dengan tujuan dan keimanan kita Bagi akak puasa kali ini tiada banyak beza seperti tahun2 sebelumnya, hari ini waktu berbuka puasa hanya akak dan anak yang sulung,  berdua, makanan yang terhidang di atas meja pun tak terasa lazatnya. Yang lebih sedap adalah air, bergelas2 air masuk keperut, sejuk dingin, panas hangat semua ada. Ingin rasanya seperti orang lain, masa berbuka mahu pun bersahur, meriahnya. Namun itu dah ditentukan, takdir akak, tak mewah dengan bilangan ahli kelurga,  tak ada kesalan di situ, cuma sekali sekala terfikir jua.. kenapa orang lain, kenapa jiran2, kenapa bukan aku? aku juga ingin seperti mereka.. Mudah benar mereka menambah ahli keluarga... tapi yalah jalanan hidup antara seorang