Skip to main content

kehidupan




Assalammualaikum dan selamat pagi....
Lamanya kak simah tak menulis  kat  blog ni, ingatkan blog ni dah tamat tempohnya, rupa2nya ada masalah teknikal sedkit, yang kak simah sendiri pun tak perasaan, hinggalah  kak simah bertanyakan kenapa dan mengapa dah tak ada dah kepada anak kak simah... nak tergelak pun ada, inilah orang tua yang tak tau apa2 tentang dunia di hujung jari, namun ingin turut sama terlibat.. tak apalah kan, kita berlajar dari kesilapan.. asalkan kita mahu memperbaiki dan tidak malu mahu belajar walaupun dari yang lebih muda, Insyaallah kita pasti akan berjaya..
Rasa syukur sangat2... dapat berjumpa kembali blog Indahnya dunia... ini pada malam Nisfu Syaab, maka dapatlah kak simah ambil peluang ni untuk menulis di malam yang baik ini, bukanlah pula kak nak tulis tentang Nisfu ini  seperti orang2 yang berilmu agama.. kerana itu bukanlah bidang kak simah , kerna kak hanyalah wanita biasa, suri rumah tangga, yang pengetahuan nya sederhana...
Bimbang kalau salah tulis dan salah info jadi lain hal pula nanti,  biarlah akak ceritakan apa yang akak tau dan faham sebenar2nya..=) Tentang hidup, tentang hobi, tentang jiran2, tentang minat   dan segalanya yang berkaitan.  Harap yang sudi bersama akan sedia dan sudi terus bersama, sesekali kak simah akan sertakan gambar dan resepi yang pernah akak cuba dan buat, namun tidaklah selalu, ini kerana akak adalah orangnya jenis yang punya minat yang berbagai2.. tak ada yang khas sahaja.
Sebagai permulaan biarlah kak simah poskan gambar masakan yang telah kak buat untuk menu tengah hari tadi. Namanya Salad tomato. Hidangan ringkas dan cara buatnya pun sangat2 mudah.. masa yang diperlukan sedikit sahaja, apa yang penting anak akak suka.. Alhamdulillah, kadang2 nak memenuhi selera keluarga terutama anak2 ini agak sulit juga... tambahan pula kalau tidak kena dengan selera, mereka hanya mengambil secubit dua, sekadar nak jaga hati mak dia aja.
Mula2  akak terfikir  macam tak ada idea je nak tulis dan poskan buat dikongsikan dengan rakan2.. maklum dah berbulan blog INDM ini terawang2 di alam maya ini. Akak pun pasrah sajalah.. dah tak ada, tak apalah.. bukan pandai dan rajin sangat pun....tapi fikir2 macam sayanglah pula.. bukan mudah pada permulaanya untuk seorang suri berusia lebih setengah abad untuk "maju" dalam  penulisan di alam maya ini.  Cuba dan rebut peluang yang ada, tak semestinya peluang itu melibatkan wang, harta dan seangkatan.. kepuasan dalam diri juga adalah satu peluangkan?.. Sesungguhnya idea banyak je terlahir di kepala akak ni, hanya  jejari macam malas je nak kejar, itupun cuma guna dua batang jari aja..   tak adalah yang sangat menarik atau pun indah walaupun nama blognya indah...hehe. namun teruterang kak  simah rasa itulah yang menarik dan indah... segan dan rasa malu tu juga ada dalam hati akak,  tapi akak buangkan jauh2 perasaan itu, ini blog dan citarasa akak, baiklah akak tulis apa yang akak rasa dan tau, dari menulis perkara yang mengaibkan atau memalukan orang lain. Sekurang2nya sedikit sebanyak mungkin ada "ilmu" yang tersurat dan tersirat..
Yang sedih atau duka pun tak sampai hati nak dikongsi2kan, kerana itu adalah hak milik pribadi.. Kalau selalu kita tuliskan tentang kedukaan atau kesusahan kita, lama2 dari simpati timbul pula rasa benci, macamlah dia sahaja yang duji sedang ramai lagi di luar sana.. lebih menderita, susah berduka.. begitu juga seandainya ada perkara yang mengembirakan atau menyukakan hati, akak akan cuba untuk menulis dengan cara yang sederhana.. agar tiada yang merasa meluat atau marah.. Memang kalau boleh kita ingin bagitau satu dunia hal2 yang bahagia yang kita alami, namun sesungguhnya.. masih ramai yang di atas kita yang lebih gembira, bahagia, kaya.. berpangkat yang memiliki segalanya, namun merendah diri.. itulah pegangan yang cuba akak cuba amalkan... semoga akak terhindar dari sikap buruk... Namun sebagai insan biasa kita tidak mampu menghindarinya,.. namun teruskan berusaha dan dekatkan diri kepadaNYA. Insyaallah.  Baiklah sekadar inilah dulu coretan akak untk pertama kali di tahun 2014 ini.  Assalammualaikum dan selamat malam, maafkan segala kesilapan dan kesalahan orang terhadap kita dan jangan malu mengaku kesalahan kita.. Saling maaf memaafkan.. semoga tidur lena dalam iman.  15 Syaaban 1435h = 13/6/14. Khamis. 12.02am.
 (13/9/13. 12.17am.)

Resepi Salad Tomato
Tamoto ceri (besar pun boleh), dibelah dua atau sebiji2 pun tak apa.
Daging ayam yang dhiris2 kecil, ingin  digoreng atau dicelur, pilihlah mana suka.
Bawang besar dihiris nipis2 (jika suka)
garam ikut masin
cili burung atau cili besar juga ikut selera, dihiris2 nipis
jus limau nipis sedikit...
Tomato dicuci bersih2 seelok dengan air garam... toskan, nak begitu sahaja atau dicelur seketika pun boleh.. caranya rebus air biar didih masukkan tomato sebentar, balik2kan dan toskan. Isi dalam mangkuk, semua bahan digaulkan bersama.. rasalah apa yang patut, nak tambah perasa, pun boleh.. hidangkan, makan dengan segera.


Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka