Skip to main content

Rumput di tengah pekan

Lamanya tak jengok kat sini. dalam hati ada rindu. taman pun berbunga2 ada warna hijau. merah putih tu warna paling akak sukai... tapi apakan daya tangan ada dua... mata juga ada dua..  macam2 yang mahu dilakukan. Terpaksa diutamakan yang mustahak dulu. Tahun baru masihi pun dah masuk hari ke 12
cepatnya masa berlalu.. tak terkejar. Ada yang manis. ada yang kelam... Buat negara tercinta moga tahun baru 2015 akan lebih cemerlang dan gemilang.. biarkan yang hitam itu jadi panduan kearah membawa kebaikkan.
Ahad

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka

Puasa hari ke tiga.

Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam berpuasa, walau pun cuaca kali ini agak panas dan terik daripada tahun2 sebelum ini, namun diharapkan ianya tak melemahkan semangat dan memudarkan keimanan kita terhadapNYA. Biar apa halangan dan rintangan yang mendatang tetaplah kekal dan kukuh dengan tujuan dan keimanan kita Bagi akak puasa kali ini tiada banyak beza seperti tahun2 sebelumnya, hari ini waktu berbuka puasa hanya akak dan anak yang sulung,  berdua, makanan yang terhidang di atas meja pun tak terasa lazatnya. Yang lebih sedap adalah air, bergelas2 air masuk keperut, sejuk dingin, panas hangat semua ada. Ingin rasanya seperti orang lain, masa berbuka mahu pun bersahur, meriahnya. Namun itu dah ditentukan, takdir akak, tak mewah dengan bilangan ahli kelurga,  tak ada kesalan di situ, cuma sekali sekala terfikir jua.. kenapa orang lain, kenapa jiran2, kenapa bukan aku? aku juga ingin seperti mereka.. Mudah benar mereka menambah ahli keluarga... tapi yalah jalanan hidup antara seorang