Skip to main content

Posts

Showing posts from 2018

Di sini duniaku

Hari ni baru berkesempatan jalan2 sekitar kawasan kediaman.. Itupun hanya sebahagian kecil sahaja... Melalui kg Gulang2 terlihat pemandangan yg indah ini... Berkembangan bunga2 teratai merah jambu... Asyik.. Lantas terus keluar ke jalan Raja Musa... Rumah penduduk desa jua rumah perkerja ladang melengkapkan panorama...melalui satu tempat namanya unik.. Tenanmaram... Sepanjang jalan kelihatan ladang2 kelapa sawit nan menghijau... Tanpa sedar tempat yang ingin dituju terlep as simpangnya... Nak pusing semula... Sembang2 ikut sahajalah kemana nak sampai... Lalui lagi ladang kelapa sawit...  Semasa tu tak teringat pun nak guna "google" kerana teruja dengan alam yang mendamaikan...  Namun makin jauh.. Hanya kelihatan pemandangan yang menghijau kiri kanan jalan..  Tak boleh jadi ni... Tengok jam.. Dah terlalu lama di atas jalan.. Tanpa sampai2 daerah yang dituju.. Akhirnya sampai kesebuah perkampungan Felda Sg Tengi..  Mak aiii jauhnya... Cantik perkampungan ini... Tak sin

Medeka 61

Hari ini Malaysia menyambut hari kemerdekaan dari penjajah British.. Sudah 61 tahun  Malaysia merdeka... namun merdekakah Malaysia dalam erti kata sebenar2nya? adakah bangsa Melayu yang mana adalah bangsa pribumi mendapat hak dan nikmatnya dalam kemerdekaanya tahun ini? Sayang seribu kali sayang, bangsa Melayu dan bumiputra semakin terpinggir, kini bukan sahaja dalam ekonomi bangsa Melayu jauh ketinggalan... namun dalam pentabiran pun, pendatang2 telah kuasai.. adakah mana2 negara di dunia ni begitu bermurah hati, terhadap kaum pendatang?, tiada satu negara pun hanya di Malaysia...bukan sahaja pendatang2 ini bebas mengamalkan agama dan budaya mereka, namun jua bebas mendirikan sekolah2 yang berpaksikan bahasa pendatang, siap dengan bantuan kerajaan lagi, bodohkah orang Melayu atau pemerintah Melayu dulu?, kesilapan yang memakan harga sesungguhnya... kini mungkinkah segalanya telah terlewat... Tidak akan berubah nasib sesautu kaum itu, kalau sendiri tidak membelanya, Kini terdapat s

Berdua

Pagi tadi bersama suami.. kekebun mini sekeliling rumah.. rasa seronok melihat tumbuh2an yang segar serta menghijau Tak banyak mana pun.. tapi cukuplah untuk makan berdua.. terung bulat ungu.. sentiasa ada.. tak pernah putus. Ulam raja pun begitu...  terung susu kambing yang duri di daunnya sangat tajam.. pun ada.. lepaslah buat cicah sambal belacan. Pucuk ubi kayu bila2 tersedia untuk dipetik. Kacang panjang pendek.. kacang sepat... pun akak tanan Suka2 menghilang kebosanan.. 30.8.2018 18 zulhijjah 1439

5 Syawal 1439h

Assalammualaikum, selamat pagi, pagi yang agak dingin...  semalaman hujan turun membasahi bumi..  Allhamdulillah dah 5 Syawal kita raikan..  Orang yang sabar itu tenang hatinya.. manakala orang yang  redha itu bahagia jiwanya. semuoga aku bisa menjadi seperti itu

Pesanan...

Pesanan khidmat masyarakat sebelum balik kampung.  1. Cabut semua  🔌  kat dinding kecuali suiz peti ais 2. Buang sampah.  3. Jangan biar baju tersidai diluar.  4. Periksa berulang kali kipas dan lampu.  5. Kosongkan sinki 6. Bawak toiletteries. 7. Semat butang baju Melayu. 8. Pin brooch dibeg. 9. Sampin 10. Charger phone. 11. Duit & sampul raya. 12. Sebelum keluar baca al Fatihah, ayat Kursi, Bismillahillazi.Berniat ziarah, niat menjadikan perbuatan kita ibadah. 13. Niat Nak buat Jamak Qasar. 14. Jgn kelam kabut n marah2, jgn over happy. 15. Lapang dada & solat/baca doa musafir. 16. Tinggalkan rumah dgn tawakkal Allah menjaganya. 17. Pastikan semua ahli keluarga masuk kereta. Jgn tertinggal isteri/suami. 18. Top up siap2 touch n go, no more tambah nilai lanes. 19. Sentiasa kira cukup bilangan anak, terutama di RnR cp

Bersin

Di saat kita bersin, seluruh anggota tubuh kita terhenti berfungsi, seolah2 kita mati, Ini terjadi dalam hitungan yg sgt pantas. Setelah itu baru berfungsi spt semula. Inilah kenapa dalam Islam disunnahkan kita membaca "Alhamdulillah" setelah bersin sebagai ungkapan kesyukuran atas berfungsinya kembali seluruh anggota badan kita. cp

Ingat mengingatkan

Di mana dosa-dosa kita diletakkan ketika kita sedang bersolat?  Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesungguhnya seorang hamba ketika menunaikan solat, dia akan membawa bersama semua dosa-dosanya. Kemudian dosa-dosa itu diletakkan di atas kepala dan kedua bahunya. Maka ketika ia ruku' atau sujud, berjatuhanlah dosa-dosa tersebut. Wahai orang-orang yang biasa tergesa-gesa dalam solatnya supaya bertenang dan tahanlah agar lebih lama sedikit ketika sedang ruku' dan sujud agar lebih banyak dosa2 kita yang berguguran.. cp

Jom ulang kaji

Jom ulangkaji Nak dekat Raya ni marilah kita saling ingat mengingatkan:- Siapakah yang bergelar *Bukan Mahram* yang kita *TIDAK BOLEH* bersalaman: *A) Jika kita seorang Lelaki:-* 1. Isteri kepada adik beradik bapa 2. Isteri kepada adik beradik emak 3. Adik beradik perempuan bapa mertua 4. Adik beradik perempuan emak mertua 5. Anak perempuan adik beradik isteri 6. Kakak Ipar 7. Adik Ipar perempuan 8. Sepupu perempuan 9. Sepupu Ayah (perempuan) 10. Sepupu Emak (perempuan) 11. Biras perempuan *B) Jika kita seorang Perempuan:-* 1. Suami kepada adik beradik bapa 2. Suami kepada adik beradik emak 3. Adik beradik lelaki bapa mertua 4. Adik beradik lelaki emak mertua 5. Anak lelaki adik beradik suami 6. Abang Ipar 7. Adik Ipar Lelaki 8. Sepupu Lelaki 9. Sepupu Ayah (lelaki) 10. Sepupu Emak (lelaki) 11. Biras lelaki *Ada yang tidak tahu. Dan kadangkala kita terlupa. Nampak macam boleh tetapi sebenarnya TAK BOLEH.* copy paste

Doa

Doa Hilang Mengantuk Masa memandu . Sepotong ayat Al Quran di dalam Ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan rasa mengantuk ini. Potongan ayat tersebut berbunyi... . " LA TAKKHUDZUHU SINATUW WALA NAUM..."  . (maknanya: "[DIA - ALLAH] TIDAK MENGANTUK DAN TIDAK TIDUR") . Selain itu, amalan mustajab untuk mengelak berlakunya kemalangan adalah dengan membaca Ayat Qursi 3x sebelum memasukkan gear pertama mahu memulakan perjalanan anda ditambah dengan ayat . "BISMILLAHIL LADZI LA YADHURUHU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDHI WALA FISSAMAA' WAHUWASSAMIUN 'ALIIMM" 3X.  cp

Salam...

Assalammualaikum Salam Ramadhan ke29, selamat petang, sedang buat apa tu sahabat2 , mungkin ada yang sedang bersiap2 balik beraya kekampong halaman, hati2 di perjalanan dan pastikan, rumah yang kita tinggalkan dalam keadaan selamat, bagitau jiran2.. pemergian kita... selamat bercuti.. dan selamat bergembira.. Khamis  14 Jun 2018 29 Ramadhan 1439

Ramadhan berlalu Syawal menjelma

Semalam akhir terawih Pagi tadi akhir sahur Hari ini akhir puasa dan Maghrib nanti akhir berbuka Harap Ramadhan Tahun Nie Bukan akhir Untuk Kita Semua Dalam gurau ada terkata, Dalam bicara terkasar bahasa, Dalam tindakan terguris rasa, Dalam hidup tiad siapa yg tak buat dosa.. Satu Syawal menjelang tiba, Takbir bergema mengegarkan jiwa, Sekiranya ada salah dan dosa, Ampun dipinta di hari mulia. Ketupat pulut di atas para, Hendak direbus di tepi perigi, Whatsapp dihantar pengganti kad raya, Tanda ingatan di Aidil Fitri. * 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • • ˚Selamat★* 。 • ˚ ˚ ˛ ˚ ˛ • •。★Hari Raya!★ 。* • ˚。 ° 。 ° ˛˚˛ * Π__。˚ ˚ ˛ •˛•˚ */__/~\。˚ ˚ ˛ ˚ ˛ •˛• ˚ | 田田 |門| ˚ Selamat Hari Raya maaf zahir batin cp

Berakhirnya Ramadhan 1439h

Aku lihat Ramadhan dari jauh. Lalu aku menyapa ia, "Hendak kemana?" Dengan lembut ia berkata, "Aku harus pergi, mungkin jauh dan sangat lama. Tolong sampaikan pesananku untuk orang Mukmin." Syawal akan tiba tidak lama lagi, ajaklah Sabar untuk menemani hari-hari dukanya. Peluklah Istiqamah saat dia keletihan dalam perjalanan Taqwa. Bersandarlah pada Tawadhu' saat kesombongan datang menghampiri. Pintalah nasihat Qur'an dan Sunnah pada setiap masalah yang dihadapinya. Sampaikan pula salam dan terima kasih kepadanya kerana telah menyambutku dengan gembira. Kelak akan ku sambut ia di Syurga dari pintu Ar-Rayan. Selamat meraih pahala terbaik di hari-hari terakhir Ramadhan. Masih lagi berbaki hari untuk kita menyambut dan meraikan Ramadhan, sebelum ia pergi meninggalkan kita. cp

Ramadhan 1441

Assalammualaikum...  selamat petang, tinggal berapa jam lagi Ramadhan bakal berakhir.. Doa Akhir Ramadan Ya Allah, jangan Kau biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan kesan keinsafan di hati2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa membawa himpunan amal dan doa kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa islah dan kebaikan terhadap keperibadian kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa keampunan dosa2 kami. Ya Allah, jangan biarkan Ramadhan pergi tanpa meninggalkan jejak2 ke syurga untuk kami. Ya Allah, janganlah Kau biarkan Ramadhan pergi sebelum Kau tutup rapat pintu azab dan neraka Mu daripada tergelinciran kaki kami. Ya Allah, lindungilah kami dari melakukan dosa dan kemaksiatan semasa dalam Ramadhan maupun selepas Ramadhan. Ya Allah, sebelum mentari akhir Ramadhan berlalu pergi, Kau ampunilah kami dan Kau terimalah taubat kami. Ya Allah, Kau sempatkanlah kami bertemu lagi dengan Ramadhan Al Mubarak yang aka

Salam Ramadhan

Telah dua hari Rakyat Malaysia dan muslim seluruh dunia berpuasa..Allhamdulillah... namun bagaimanakah nasib saudara seagama kita di negara bukan Islam yang memerintah? Bebaskah mereka melakukan amalan seperti kita?juga bagaimana mereka yang sedang berperang? Demi negara tercinta? Banyak negara Islam... yang berpecah belah lantaran berlainan pegangan.. padahal beriman pada Allah yang satu. Kenapa ini harus terjadi? Tiada carakah untuk kita berbaik2 bersama2? 18.5.18

Cerita cerita saja saja...

Assalammualaikum… Selamat pagi… Dah 4Rejab bulan Islam… Dah tak lama Ramadhan bakal menjelang.. Sudah selesaikah ganti puasa? Jikalau belum masih punya waktu… Apa pun yang kita lakukan… Kita mestilah ingat kita hanyalah hambaNYA… Sentiasalah berasa rendah diri dan redha atas apa yang telah terjadi… Apa yang belum berlaku… Mohonlah kepadaNya.. Mudah2an apa yang kita hajati akan terlaksana… Andainya setelah segalanya kita lakukan.. Masih jua belum mendapatkannya… Bertabahlah… Dan usaha lagi.. Kerna Dia lebih tahu apa keperluan kita.. Bukan apa yang kita mahu… Sedih? Kecewa? Perasaan itu memamg milik mutlak yang dinamakan insan… Namun percayalah… Masa akan merubahnya… Akan menyembuhkan luka2 yang berbaki.. Kerana itu ikhlaslah menerima seadanya.. Yang menulis ini jua insan biasa lagi kerdil dalam alam fana yang maha luas ini. Terkadang terfikir… Kenapa ada sesaorang yang mendapatkan segalanya.. Di dunia ini. Lahir2 telah terlahir memiliki semuanya. Bila bersekolah mendapat apa yang