Skip to main content

Berdua

Pagi tadi bersama suami.. kekebun mini sekeliling rumah.. rasa seronok melihat tumbuh2an yang segar serta menghijau
Tak banyak mana pun.. tapi cukuplah untuk makan berdua.. terung bulat ungu.. sentiasa ada.. tak pernah putus. Ulam raja pun begitu...  terung susu kambing yang duri di daunnya sangat tajam.. pun ada.. lepaslah buat cicah sambal belacan.
Pucuk ubi kayu bila2 tersedia untuk dipetik.
Kacang panjang pendek.. kacang sepat... pun akak tanan
Suka2 menghilang kebosanan..
30.8.2018
18 zulhijjah 1439

Comments

Popular posts from this blog

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka

Puasa hari ke tiga.

Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam berpuasa, walau pun cuaca kali ini agak panas dan terik daripada tahun2 sebelum ini, namun diharapkan ianya tak melemahkan semangat dan memudarkan keimanan kita terhadapNYA. Biar apa halangan dan rintangan yang mendatang tetaplah kekal dan kukuh dengan tujuan dan keimanan kita Bagi akak puasa kali ini tiada banyak beza seperti tahun2 sebelumnya, hari ini waktu berbuka puasa hanya akak dan anak yang sulung,  berdua, makanan yang terhidang di atas meja pun tak terasa lazatnya. Yang lebih sedap adalah air, bergelas2 air masuk keperut, sejuk dingin, panas hangat semua ada. Ingin rasanya seperti orang lain, masa berbuka mahu pun bersahur, meriahnya. Namun itu dah ditentukan, takdir akak, tak mewah dengan bilangan ahli kelurga,  tak ada kesalan di situ, cuma sekali sekala terfikir jua.. kenapa orang lain, kenapa jiran2, kenapa bukan aku? aku juga ingin seperti mereka.. Mudah benar mereka menambah ahli keluarga... tapi yalah jalanan hidup antara seorang