Skip to main content

Di sini duniaku

Hari ni baru berkesempatan jalan2 sekitar kawasan kediaman.. Itupun hanya sebahagian kecil sahaja... Melalui kg Gulang2 terlihat pemandangan yg indah ini... Berkembangan bunga2 teratai merah jambu... Asyik..

Lantas terus keluar ke jalan Raja Musa... Rumah penduduk desa jua rumah perkerja ladang melengkapkan panorama...melalui satu tempat namanya unik.. Tenanmaram... Sepanjang jalan kelihatan ladang2 kelapa sawit nan menghijau...

Tanpa sedar tempat yang ingin dituju terlepas simpangnya... Nak pusing semula... Sembang2 ikut sahajalah kemana nak sampai... Lalui lagi ladang kelapa sawit... 
Semasa tu tak teringat pun nak guna "google" kerana teruja dengan alam yang mendamaikan... 
Namun makin jauh.. Hanya kelihatan pemandangan yang menghijau kiri kanan jalan.. 
Tak boleh jadi ni... Tengok jam.. Dah terlalu lama di atas jalan.. Tanpa sampai2 daerah yang dituju..

Akhirnya sampai kesebuah perkampungan Felda Sg Tengi.. 
Mak aiii jauhnya... Cantik perkampungan ini... Tak singgah atau apa2pun...

Perjalanan di teruskan melewati pula sebuah lagi perkampungan Felda Suharto.. 
Lagi kelapa sawit... Masa ni dah mula megelabah.. Nak kemana akhirnya jalan ni... 
Google .. 
Puan google tu bagitau dah tak jauh dengan pekan Tanjong Malim..
 wahh  dah  terlajak jauh sungguh...
lalu pula  Felda Gedansa... Pandu lagi sampai ke Behrang setesen.. 

Keluar di tepi Balai polis yang atas bukit tu.. Niat nak terus ke Tg Malim... 
Tapi kereta pula kehausan... Dan tuannya pula hanya suka setesen minyak yg satu itu aja... Patah balik... Dah kereta kenyang... 
Kami pula yg kelaparan... Hujan pula turun... Tak lebat... 
Cari2 restoren..gerai... Warung.. Kedai tak ada yg diminati..
Akhirnya singgah kat sebuah restoren?

 Banyak makanan dah tersisa... Tak apalah makan ajalah... Ikan keli goreng .. Sambal belacan.. Gulai lemak jantong pisang.. Sebelah telor masin.. Teh ais.. Teh o ais... Allhamdulillah..

Di seberang jalan kelihatan megah sebuah masjid.. Jom...
Perjalanan diteruskan lagi di daerah yang ingin ditujui... Beli dan bebelanja apa yang patut...

 Jom balik ikut jalan lama Rawang Kuala Selangor... Permulaan jalan yg sunyi kiri kanan banyak haiwan...
 Oop lupa... Sebelum itu terjumpa sebuah ladang... Bukan kelapa sawit... Tapi kegemaran kaum ibu2.. Ladang bunga orkid... Luasnya... Apa lagi singgahlah... Nasiblah... Suami sudi melayan...

itu sahajalah kisah hari ni... harap tak jemu membaca... mungkin bagi yang lain ianya sekadar biasa2 saja.. Namun itulah uniknya insan... 
Assalammualaikum... 
Selamat berhujung minggu... selamat menyambut tahun aharu 2019.. moga tahun 2019, banyak membawa kebaikan, keindahan, ketakwaan buat kita semua
30 december 2018
22 Rabiulakhir 1440

Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka