Skip to main content

Puasa hari ke tiga.

Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam berpuasa, walau pun cuaca kali ini agak panas dan terik daripada tahun2 sebelum ini, namun diharapkan ianya tak melemahkan semangat dan memudarkan keimanan kita terhadapNYA. Biar apa halangan dan rintangan yang mendatang tetaplah kekal dan kukuh dengan tujuan dan keimanan kita
Bagi akak puasa kali ini tiada banyak beza seperti tahun2 sebelumnya, hari ini waktu berbuka puasa hanya akak dan anak yang sulung,  berdua, makanan yang terhidang di atas meja pun tak terasa lazatnya. Yang lebih sedap adalah air, bergelas2 air masuk keperut, sejuk dingin, panas hangat semua ada.
Ingin rasanya seperti orang lain, masa berbuka mahu pun bersahur, meriahnya. Namun itu dah ditentukan, takdir akak, tak mewah dengan bilangan ahli kelurga,  tak ada kesalan di situ, cuma sekali sekala terfikir jua.. kenapa orang lain, kenapa jiran2, kenapa bukan aku? aku juga ingin seperti mereka.. Mudah benar mereka menambah ahli keluarga... tapi yalah jalanan hidup antara seorang hambaNYA telah ditentukan..
Tak perlu risau, DIA kurangkan  di situ, DIA lebihkan di sini...  Tambahan pula, Allah tidak akan menguji sesaorang hambanya di luar kemampuan diri.
Berbalik kepada jaudah berbuka petang tadi, hanya kari ikan bawal tambah kacang bendi, sayur cendawan tumis air, ulam peria katak serta sambal belacan... air, sudah tentu teh ais dan air masak. Alhamdulillah kenyang juga perut yang kekosongan siang tadi. Yang utama syukur dapat tunaikan puasa., hari ke tiga.
Sahur nanti nak makan apa pula? bagi akak makanan yang sama juga... Tak kisahlah kan, asalkan ada tenaga untuk berpuasa dan melakukan aktiviti yang sepatutnya.
Mata pun dah nak layu ni, walaupun baru 10 lebih... baiklah akak berhentikan di sini sahaja catatan akak untuk kali ini...

Comments

Popular posts from this blog

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita be...

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua....

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka