Skip to main content

Sahabat sejati.

Kadang-kadang dalam kehidupan ini,  anda  berpeluang memiliki seorang rakan yang boleh dikatakan sahabat sejati.  Seseorang yang  mampu mengubah hidup anda hanya dengan menjadi sebahagian daripadanya. Seseorang yang membuat anda ketawa sehingga anda tidak boleh berhenti. Seseorang yang membuat anda percaya bahawa kamu  benar-benar baik di dunia. Seseorang yang meyakinkan kamu  bahawa ada  sebuah pintu yang hanya kamu yang dapat membukanya... ianya adalah sebuah pintu, yang rapat terkunci iaitu pintu persahabatan.

Apabila kamu bersedih, seolah-olah dunia pun turut berduka dan kelihatan kosong.,
Namun kawan sejati kamu mengakat  dan membawa kamu kembali merasai dihargai dan diperlukan. Sehingga semangat dan perasaan kamu yang selama ini malap dan kelam kembali terang bercahaya. 

Teman sehati kamu akan selalu ada dan bersama untuk melalui masa-masa sukar, masa kamu kesedihan juga masa-masa kamu berasa keliru, tidak pasti. 
Jika anda melangkah pergi  teman sejati anda tanpa banyak kata akan menurut tanpa bertanya.

Jikalau anda tersilap langkah, dan seolah2 hanyut tanpa batasan  teman baik anda akan segera menarik anda  dan membimbing anda kemabali dari terus hanyut di lautan tanpa sempadan. Dia tidak risau andai anda marah atau tidak menyukai apa yang dia lakukan,

Dan alangkah bertuahnya anda kerana mempunyai teman sejati yang sanggup jatuh dan bangun bersama anda, bersyukurlah dan hargailah persahabatan itu... Seandainya teman sejati itu pergi... mungkin tiada lagi.. 

Sahabat sejati bukannya dapat dicari atau dibeli ianya datang dari sanubari yang tulus serta iklas.
3/7/14 = 5Ramadhan 1435h.

Comments