Yalah, hari ini hari bapa, dah diitiraf pun, cuma tak adalah cuti umum pun, cuma kebetulan hari bapa jatuh pada hari minggu, maka cutilah kita. Jom ambil kesempatan semasa bercutiini membuat kunjungan hormat ke rumah bapa kita... besar pengorbanan ayah ini sebenarnya, biar bapa selalunya jarang berkata2, jarang menunjukkan kemesraan, jarang kita nampak emosi di wajahnya... yang selalu kita nampak, bapa suka marah2, tegas... seolah2 berkata2 jangan dekat, jangan nak manja2, dengan mak kamu sudahlah... tapi percayalah, dalam jiwa seorang bapa bukan begitu, bapa juga seperti mak, inginkan perhatian anak2, kasih sayang anak2, tapi mungkin dah sebati dengan istilah bapa... bukan semua bapa begitu, ada je bapa yang lebih "mak" dari mak, tapi berapa je... Kalau hari lahir anak2, bapa bukan tak ingat sengaja buat tak ingat, buat anak2 rasa sedih, hingga mak masuk campur, baru bapa akan berkata atau menalipon anak jikalau berjauhan... susahke nak lahirkan apa yang ada di hati? mu...