Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Wang bukanlah segalanya. 5.9.24. Jumaat

Kenduri... 22 Ogos 2014 = 26 Syawal 1435H.

Macam2 ada... Jom kita buat Ketupat Daun Palas. Bahan2.. 4 Kg beras Pulut 1/12 kg Santan cara: Masak santan terlebih dahulu, hingga didih baru masukkan beras pulut yang telah dicuci dan ditoskan... masak hingga santan kering dan beras menjadi seketul. Ambil nasi pulut tadi dan letakkan dalam dulang/bekas yang disukai.. baru di bubuh dalam sarung yang telah dibuat terlebih dahulu. Daun Palas yang baru diambil dari hutan hendaklah dijemur seketika, bagi memudahkan membukanya.  Dah siap semula masukkan kedalam periuk... tambah air separas dengan ketupat....rebuslah hingga air kering, berbunyi... baru angkat. Kalau rebus rasanya lebih sedap dari dikukus, bagi mengelakkan ketupat hangus bila air mulai kering, lapik bawahnya dengan lebihan pelepah palas tadi. Siap.. sedap.. makan dengan rendang pedas. Jumlah santan bergantung pada beras yang digunakan, kalau pulut lembut santan dikurangkan, gitu juga kalau pulut keras. Petua, masak santan dalam kuali jadinya tak mudah berker

Percayala

Dari Kulit Lembu... sedap.21.8.14.Khamis

Lamanya tak pos apa2 di sini

Selasa 16 Syawal 1435 : 12 Ogos 14

Kuih Tepung bungkus untuk berbuka

Sayu je

Tiba2 malam2 puasa macam ni, hati terasa sayu dan macam nak nangis pun ada, sana sini jiran2 gembira bersama sanak saudara,anak menantu, cucu, sedang diri hanya berdau

Peria katak walau pun pahit banyak khasiatnya...

#Kata  orang yang  #pahit  jangan terus  #dibuang , yang  #manis  jangan terus #ditelan ... antara yang pahit itu adalah  #Peria   #katak .Di sini dikongsikan #petua -petua yang berkaitan dengan peria katak ini.  1:  #Jus  peria katak dapat mengurangkan tekanan  #darah   #tinggi  juga sakit #kencing  #manis. 2: Biji dan daun peria ditumbuk bersama untuk merawat  #melecur  atau luka terbakar yang ringan. 3: Akar dan  daun direbus digunakan untuk merawat penyakit buasir. 4: Makan peria juga boleh membantu langkah berjaga-jaga mengelakkan serangan jantung dan strok. 5: Gejala selsema dan batuk juga dapat dikurangkan dengan memakan buah peria atau jusnya. 6: Diet dan makan yang sihat disamping mengambil peria katak akan membantu sistem imun kita. 7: Tapi untuk ibu-ibu yang hamil, tidak digalakkan mengambil apa-apa dari peria katak, kerana dikuatirkan akan  #keguguran . Dah namanya petua, pastilah pengambilannya perlu dilakukan selalu.. dan ada yang sesuai ada yang tidak. Apa yang uta

Sahabat sejati.

Kadang-kadang dalam kehidupan ini,  anda  berpeluang memiliki seorang rakan yang boleh dikatakan sahabat sejati.  Seseorang yang  mampu mengubah hidup anda hanya dengan menjadi sebahagian daripadanya. Seseorang yang membuat anda ketawa sehingga anda tidak boleh berhenti. Seseorang yang membuat anda percaya bahawa kamu  benar-benar baik di dunia. Seseorang yang meyakinkan kamu  bahawa ada  sebuah pintu yang hanya kamu yang dapat membukanya... ianya adalah sebuah pintu, yang rapat terkunci iaitu pintu persahabatan. Apabila kamu bersedih, seolah-olah dunia pun turut berduka dan kelihatan kosong., Namun kawan sejati kamu mengakat  dan membawa kamu kembali merasai dihargai dan diperlukan. Sehingga semangat dan perasaan kamu yang selama ini malap dan kelam kembali terang bercahaya.  Teman sehati kamu akan selalu ada dan bersama untuk melalui masa-masa sukar, masa kamu kesedihan juga masa-masa kamu berasa keliru, tidak pasti.  Jika anda melangkah pergi  teman sejati anda tanpa ban

Puasa hari ke tiga.

Alhamdulillah sudah 3 hari umat Islam berpuasa, walau pun cuaca kali ini agak panas dan terik daripada tahun2 sebelum ini, namun diharapkan ianya tak melemahkan semangat dan memudarkan keimanan kita terhadapNYA. Biar apa halangan dan rintangan yang mendatang tetaplah kekal dan kukuh dengan tujuan dan keimanan kita Bagi akak puasa kali ini tiada banyak beza seperti tahun2 sebelumnya, hari ini waktu berbuka puasa hanya akak dan anak yang sulung,  berdua, makanan yang terhidang di atas meja pun tak terasa lazatnya. Yang lebih sedap adalah air, bergelas2 air masuk keperut, sejuk dingin, panas hangat semua ada. Ingin rasanya seperti orang lain, masa berbuka mahu pun bersahur, meriahnya. Namun itu dah ditentukan, takdir akak, tak mewah dengan bilangan ahli kelurga,  tak ada kesalan di situ, cuma sekali sekala terfikir jua.. kenapa orang lain, kenapa jiran2, kenapa bukan aku? aku juga ingin seperti mereka.. Mudah benar mereka menambah ahli keluarga... tapi yalah jalanan hidup antara seorang

29 Syaaban 1435H...

Hari ini 29 Syaaban, entahkan esok, atau lusa Ramadhan akan bertandang, walau bila pun satu Ramadhan, marillah kita sambut dengan pebnuh kesyukuran, ada yang kecundang sebelum tibanya mentari Ramadhan.. Untuk kita yang berjaya, Marilah sama-sama berazam untuk tingkatkan amalan dan ilmu kita. Semoga kita dapat menjadi hambaNYA yang tahu bersyukur dan redha atas segalanya.

Kalaulah kita lebih prihatin

Selamat petang, panaskan, kat sini pun panas, dulu2 Taiping dan sekitarnya taklah macam sekarang... tapi sebab banyak bukit2 dan pokok2 ditarah dan ditebang, beginilah sekarang... Tambahan pula sekarang El nino katanya sedang bertandang. Kasihan pokok-pokok kering...

Rasa hati yang sangat2 sayu...

Pi kenduri dapat beg kertas ini, isi dalam sebiji buahulu bentuk ikan, dan sebiji labu sayong mini. Allhamdulillah. Nak cerita sikit je... bukan nak mengata... nasiblah tuan rumah (majlis kenduri kat dewan MPT) dapat katering yang sangat2 menyedihkan, tak layan tertamu dengan adil dan saksama, yang ramai dan bergaya, ulang2 tuang air minum (sirap aja pun) berkali2, sampaikan tetamu yang dah tak makan, sekadar duduk2 dan sembang2 pun dilayan dengan (Y). Sedangkan ada tetamu yang lansung tak diperhatikan, beri layanan jauh sekalilah, dah minta berkali2 air minum tak juga sampai, bukan minta kat seorang sahaja pelayan, 2,3 orang, termasuklah seorang perempuan sebaya, dia orang buat muka tak tau aja.. peliknya, tak nampak ke? ke ghaib dari pandangan dia orang?.. susah sangatke nak hantar air?, kalaulah begini perkhidmatan mereka,  macam tu pakai nampak tak lama lagi RM catering gulung tikarlah... dahlah pelayan di meja  hidangan, muka masam mencuka, ingat tetamu yang datang

Makan malam...

Makan malam akak dan suami tadi, disebabkan cuaca yang sangat-sangat berbahang minum ABC dan jus tembikai susu ais, bayangkan dah malam-malam pun masih sanggup minum ais... kalau hari biasa memanglah tak ...  18/6/14. Rabu.

Macam bosan je

Jemu juga  weh. dok menunggu ni. mau tak mau kena jugalah tunggu. nak ikut panjat tangga tu yg tak sanggup tu. Umur dah banyak ni, nak panjat-panjat tangga memang taklah, nasib baiklah banyak pusat beli belah, guna tangga bergerak atau lift. Tapi taklah tua mana sanggat, cuma bila ada sesuatu penyakit... biasalah kan, tak bercadang tulis panjang-panjang pun tentang hal ini, internet pun tak stabil. Jom layan dengar radio dululah... 16/6/14.

Piala Dunia di Brazil.

Sekarang musim demam bola sepak sedang bermula, sana sini dari kanak-kanak sampai dewasa semuanya berkata, bercakap, bergosip tentang bola, makan bola, tidor bola..apalah istemewanya sebiji bola inikan? bagi yang tidak menyukainya, tiada apa-apa yang syok pun melihat sekumpulan laki-laki berebut berkejar merebut sebiji bola.. Bosan lagi ada... kan? Namun bagi peminat bola, jangan sesekali berkata seperti itu dihadapan mereka, pasti nanti anda akan dibelasah... kerana sebiji bola... yalah siapalah kitakan mahu memberikan kritikan terhadap minat  dan kesukaan orang lain, tak suka duduk diam-diam... buat hal lain yang disukai biarkan mereka dengan minat mereka, asalkan tak kerterlaluan... menyusahkan atau menganggu lena orang lain, yalah kan, kali ini perlawanan bermula tengah malam.. waktu Malaysia, ramai yang dah lena diulit mimpi, termasuklah akak.  Akak tak minat bola ni, tengok pun tak, tapi tahu jugalah permain-pemain yang popular, laa ni dari Brazil Neymar.. sekadar itu sajalah

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa

Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa adalah sebuah program majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun di Malaysia. Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj merupakan pengasas Majlis Tilawah Al-Quran pada tahun 1961. Kali pertama diadakan ialah di Stadium Merdeka Kuala Lumpur pada tahun 9 Mac 1961 dan disertai oleh 7 negara iaitu Singapura, Brunei, Thailand, Sarawak, Indonesia, Filipina dan Malaya dengan 13 orang peserta mengambil bahagian.  Dahulunya dikenali sebagai Majlis Musabaqah Al Quran Peringkat Antarabangsa.  Pertandingan Peringkat Antarabangsa Kali Pertama diadakan di Stadium Merdeka  pada  22 Ramadhan 1379H  9 Mac 1961.   Disertai oleh  7 buah negara .  13 orang peserta Pemenang  pertama kali itu adalah  Tn Hj Ahmad Mat Som  dari  Malaya Kedua  En ISmail juga dari  Malaya.     Pada kali  56 ini majlis Tilawah  diadakan di Dewan Merdeka PWTC dari 16/6 hingga 21 Jun  2014.. bersamaan 18 -23 Syaaban 1435H, Juga untuk pertama kalinya masjis ini

Aktiviti pagi tadi

Bangun pagi seperti biasalah, buatlah apa yang patut, mandi, solat, sediakan sarapan pagi, yang sama juga setiap hari, tak ada apa nak terkejar2kan setiap pagi, anak2 dah lama tinggalkan alam persekolahan, alam Universiti pun bagi anak yang sulung dah lama habis, kini beliau sedang alami dunia perkerjaan, tapi kerja beliau tak sama seperti yang lain, pi pagi balik petang, kalaulah kalau anak dapat kerja semacam tu, bahagia juga hidup anak kan, tapi entahlah bilakah perkerjaan seperti itu akan hadir kepangkuannya... macam2 dia dah cuba usaha dan lakukan, tapi tetap juga tiada, mungkin belum waktunya lagi, tapi bila? beratnya kerja normal untuk dirinya.. Redha dan pasrah sajalah.. hanya DIA yang tahu apa yang terbaik buat anak. Sebagai ibu kadang2 akak terasa juga, sedangkan yang lebih kurang darinya bila temuduga lulus je... tapi seperti akak katakan tadi, hanya DIA yang tahu, sebagai hambaNYA kita hanyalah mampu berusaha sebaik mungkin dan berdoa.. mungkin hari yang cemerlang tiba jua.

MH370

Seratus hari dah berlalu, MH370 masih lagi diselubung misteri, adakah telah hilang selama2nya, mungkin tidak akan diketahui nasib pesawat dan anak kapalnya?. Semoga akan ada kabar beritanya, samada baik atau sebaliknya biarlah takdir yang tentukannya.

Hari ini hari bapake?

Yalah, hari ini hari bapa, dah diitiraf pun, cuma tak adalah cuti umum pun, cuma kebetulan hari bapa jatuh pada hari minggu, maka cutilah kita. Jom ambil kesempatan semasa bercutiini membuat kunjungan hormat ke rumah bapa kita... besar pengorbanan ayah ini sebenarnya, biar bapa selalunya jarang berkata2, jarang menunjukkan kemesraan, jarang kita nampak emosi di wajahnya... yang selalu kita nampak, bapa suka marah2, tegas... seolah2 berkata2 jangan dekat, jangan nak manja2, dengan mak kamu sudahlah... tapi percayalah, dalam jiwa seorang bapa bukan begitu, bapa juga seperti mak, inginkan perhatian anak2, kasih sayang anak2,  tapi mungkin dah sebati dengan istilah bapa... bukan semua bapa begitu, ada je bapa yang lebih "mak" dari mak, tapi berapa je... Kalau hari lahir anak2, bapa bukan tak ingat sengaja buat tak ingat, buat anak2 rasa sedih, hingga mak masuk campur, baru bapa akan berkata atau menalipon anak jikalau berjauhan... susahke nak lahirkan apa yang ada di hati? mu

Pasar tani Kamunting

Hari ini Sabtu bersamaan 14/6/14... Pagi2 lagi akak dan anak keluar ke Pasar Tani Kamunting... hairan juga lihat hari ini, tak ramai pengunjung2, penjaja2 seperti biasa...  ada jugalah beberapa gerai yang sebelum ni berjaja, hari ini ditutup. Namun oklah kalau tak ramai orang urusan beli belah jadi mudah. Jom kakak kita cari barang2 makanan yang perlu... Hari ini akak tak bercadang nak beli banyak barang pun,  yang pasti nak cari ikan dan ayam.. belilah ikan sardin saiz S, kalau orang saiz S, ramai yang suka... tapi kalau ikan rasanya tak ramai yang berkenan, harga RM6 agak mahal berbanding selalu, sedang pilih2 ikan datang seorang "pak cik" ni hehe pak ciklah sangat,padahal sebaya atau tua sedikit aja dari akak, terus akak tak jadi pilih2, akak bagitau saja penjual tu, nya bagi akak ikan ni 2kg... Pasti ada yang bertanya, kenapa kan.. bukan sombong cuma tak berapa selesa berada disebelahnya, dah banyak mulut,  taulah akak beli ikan murah... kecil2 aja, janganlah pandang

Catatan perjalanan ...

Jam dah hampir 11malam, mata pun dah nak mengantuk, belum mengantuk betul2 lagi, ingat nak tulislah pengalaman akak sekeluarga berkereta kenegara jiran di sebelah utara bulan April dahulu, lama dah juga pun, tapi yalah seperti diberitau sebelum ini, blog akak sebelum ini di awang2an... jadi tak dapatlah nak menulisnya... tak apalah kan, masih boleh dikongsikan, belum basi lagikan... Sebenarnya perjalanan itu tak direncana secara  betul2, tiba2 saja, anak akak pulang bercuti, timbul idea tu, nak pergi tempat lain, macam kurang sesuai je dengan baget, masa dan sebagainya... terlintas di akal fikiran kenapa tak  ke Hatyai...  yeee... akhirnya dalam angan2 menjadi kenyataan, sebelum ini pergi sana naik pengangkutan  awam je... mudah.. semua pemandu bus  yang buatkan...ni pertama kali nak bawa kenderaan sendiri, banyak jugalah penyelidikan dan info2 yang terpaksa dicari, bukan apa, akak paling tak suka, bila keadaan tak terkawal, semua serba tak kena..biar kita bersiap2, beringat2, kalau

Kenapa ya...

Kenapa ya, orang2 barat serta yang bukan beragama Islam (bukan rasis ya) selalu cuak setiap hari Jumaat apa tah lagi bila tarikhnya kebetulan jatuh pada 13hb?, kat tv Asro 729, banyaknya kisah tentang Jumaat 13 ni, tengok yang pertama je, yang kedua tengok sikit2.. yang lain malas dah nak tengok.. cuma terfikir, kenapa dan mengapa ya? Hari Isnin pun begitu... bukankah Isnin permulaan minggu baru?.. Banyak yang bersarang di kotak fikiran akak ni.. tapi biarlah... marilah kita sebagai orang Islam/Muslim fikirkan sama2.. semoga Agama kita dan amalan kita berkekalan selama2nya. Malam Jumaat 13/6/14.

Jom baca... membaca itu jambatan ilmu... 15 Syaaban 1435H

Petang2 begini apa lagi selesai makan, solat pun dah sudah.. mata pun mengantuk aja... menguap juga beberapa kali.. adoii macam berat aja kelopak mata ni.. nak terpejam... urusan rumah pun dah beres pagi tadi, sedang ber"online" dan bersembang2 dengan anak yang jauh di mata, namun dalam hati selalu bersamanya.. moga anak selamat zahir batin di rantau orang. Dia poskan satu link ni... tag nama akak, yang agak pelknya, anak ni minatnya membaca kesustraan.. yang jiwang2 tu lagi dia suka..  lembut rupanya jiwanya, walaupun di  alam nyata dia memilih untuk berlajar bidang yang "kering hati". Sebab itulah ada yang berkata jangan dinilai kandungan isi sesebuah buku itu dari kulitnya, tidak semestinya kulitnya tebal, gambarnya menarik, isi di dalam pun sama, ada kalanya, di kulit, sekali pandang tak ada yang menarik hati untuk melihat2nya.. namun bila sudah berada digenggaman.. tak mungkin dilepaskan sehingga selesai.. begitulah..  Kenali hati budi sesaorang itu sedalam2n

Darihal "pulut kukus"

Pulut kukus … Rasanya boleh ditambah baikkan.. seiring dengan harganya ¤ Hari tu jalan2 dengan anak ke pusat membeli belah, rehat2 sebentar dekat medan seleranya, .. perut pula terasa lapar, maka menjamu dengan nasi campur.. tak banyak sangat pilihan pun.. mungkin nasi campur kurang laku, sedia maklum pengujung yang ramai ke pusat beli belah biasanya golongan muda mudi... yang berkeluarga selalunya  selepas beli barang2 keperluan terus pulang, kalau nak minum pun sekadar segelas teh panas atau secawan kopi... Jadi dari membuang masa, kurang  juga pembaziran makanan, buatlah yang sepatutnya, harganya kalau dibandingkan dengan gerai biasa ok jugalah.. suasana dan tempat pun bersih, cuma kadang2 sisa2 makanan, pinggan mangkuk, cawan, bekas plastik dan sebagainya lambat dibersihkan, perkerjanya yang diimpot dari luar negara, selalunya buat kerja ala kadar je.. terutama bila masa ramai pengunjung, lagilah sunguh2 lamabt kerjanya, macam "siput". Tak faham sebenarnya... kenapa

Salam Jumaat..

Jumaat hari yang berkat kini datang lagi, kali ini datangnya bersama satu hari yang mulia, hari Nisfu Syaaban, hari di mana permulaan buku amal dan segala kebaikkan dan keburukkan kita dicatatkan dalam buku baru, marilah kita sama2 bertekad dan berazam dengan bersungguh-sungguh untuk menambah amalan dan membuang segala kesilapal dan keburukkan kita, agar dalam buku baru kita nanti... akan bertambah berat kearah kebaikkan.  Assalammualaikum. 15 Syaaban = 13/6/14.

Nisfu Syaaban

Malam ini  malam  Nisfu Syaaban . Di mana buku amalan kita digantikan dengan buku baru. Bermulanya sejak masuk Magrib . Siangnya tadi 14 Syaaban Semoga sama2 memperbaharui  tekad ingin menambah dan .meperbanyakam.amalan Dan mengurangkan kalau pun bukan sampai sifar segala keburukkan, kesilapan yang banyak kita lakukan di tahun yang lepas.. semoga kita sama2 mendapat pertunjuk serta bimbingan dari Rahmat dan NikmatNYA..  12/6/14  bersamaan 15 Syaaban  1435H. Khamis.